try

love jatuh

Khamis, 19 Mei 2011

KERANA BERBOHONG DI TANAH SUCI WANG LESAP.

Memandangkan kebanyakan bakal-bakal haji yang datang dari jauh mempunyai wang yang cukup untuk sara hidup dan perbelanjaan kerana urusan'ibadah haji semasa dlm perjalanan dan semasa berada di tanah suci.

Ada sepasang suami isteri yang telah bertungkus lumus berkerja dengan giat mendapat carian bersama.Dengan kata lain:si isteri juga turut membantu suami menyumbang tenaga yg ada bagi menyediakan wang tambang pesawat terbang dan bekalan di Madinah dan Mekah.

Bila mereka berdua telah berada di kota suci,maka si suami mengambil wang sekadar yang perlu sahaja:manakala yg selebihnya diserahkan kepada isterinya.

sesudah berlalu 2-3 hari,si suami lalu bertanya kepada isterinya:berapakah lagi wang baki di tangan adinda?"
"TIADA"jawab si isteri

Suami diam sahaja dengan memendamkan keraguan di hati.
sesudah baki wang ditangan sisuami hampir kehabisan,maka dia mengulangi lagi pertanyaan yang sama pada isterinya,maka dijawabnya dengan tegas"tiada lagi wang yang tinggal!!.

Suami menahan sabar.dia terus juga diam dengan angapan wang masih banyak.

Isteri dikejutkan oleh suatu andaian:kiranya wang itu tiada seperti diperkatakannya,maka dia segera masuk ke bilik untuk mengambil wang di tempat simpanannya.
TIBA-TIBA.........!!!!!

Didapati tiada lagi sedikit pun wang simpanannya.dia amat terkejut dan menangis sendirian kerana menyesal di atas pertuturannya yg tidak bertangungjawab dan merasakan cemas untuk perbelanjaan di masa haji.

YA...inilah dia akibat berbohong di tanah suci.tiada suatu pun faedah yang aku dapat dengan berbohong.bohong itu tidak lah berkat:

sesungguhnya rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Antara dosa yang paling besar ialah amat berbohong dan berdusta."
http://tinypaste.com/a7ff5

1 ulasan :

  1. blog yang menarik.. teeruskan usaha anda..
    wadud juga baru mula dari dunia blog.. hehehe.. jom share2 ape yang penting.. :)

    BalasPadam

my cousin married

my cousin married